Melaksanakan semua tugasan gudang yang diarahkan termasuk kerja-kerja memuat, memunggah, menyusun, melabel, membungkus dan membungkus semula stok alat ganti dengan kemas dan teratur.
Memastikan semua alat ganti yang diterima dan dihantar berada dalam keadaan baik, termasuk membuat semakan asas terhadap kuantiti dan keadaan fizikal barang.
Mengurus penyimpanan stok dengan sistematik, memastikan setiap barang disimpan di lokasi yang betul mengikut susunan yang ditetapkan.
Menyemak dan mengemaskini rekod inventori secara berkala, sama ada secara manual atau menggunakan sistem, serta membantu dalam aktiviti kiraan stok apabila diperlukan.
Membantu menyediakan dan menyemak dokumen ringkas berkaitan urusan penerimaan dan penghantaran stok, seperti borang penghantaran atau senarai semakan.
Memastikan kebersihan dan keselamatan kawasan gudang dijaga, termasuk membersih ruang kerja, menyusun semula peralatan dan memastikan laluan tidak dihalang.
Menjaga dan menyimpan peralatan gudang dengan selamat, serta memastikan ia digunakan dengan betul dan disimpan semula selepas digunakan.
Segera memaklumkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan, kehilangan, atau isu berkaitan pengurusan stok dan operasi gudang.
Melaksanakan apa-apa tugasan tambahan yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa, mengikut keperluan operasi.
Pekerjaan Serupa
Berikut ialah senarai pekerjaan lain yang serupa yang mungkin anda rasa menarik.