Membantu dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan asas dan pembaikan kenderaan mengikut arahan teknikal dan piawaian keselamatan. Junior Technician berperanan sebagai pembantu kepada juruteknik kanan dalam memastikan kerja dilakukan dengan cekap, selamat dan berkualiti.
Membantu kerja-kerja penyelenggaraan asas seperti:
Menukar minyak enjin dan penapis.
Menukar tayar dan membuat penjajaran asas.
Memeriksa dan menukar bateri kenderaan.
Menukar komponen asas seperti penapis udara, palam pencucuh, bendalir brek, dan sebagainya.
Membantu dalam kerja-kerja diagnostik dan pembaikan di bawah seliaan juruteknik kanan.
Memastikan peralatan kerja dijaga rapi dan disimpan di tempat yang betul selepas digunakan.
Membersihkan kawasan kerja dan kenderaan pelanggan sebelum dan selepas kerja dilaksanakan.
Merekod hasil kerja yang telah dijalankan seperti dalam borang job sheet.
Mematuhi semua SOP keselamatan bengkel, termasuk penggunaan PPE dan pengurusan bahan buangan.
Melaporkan sebarang kerosakan atau keabnormalan kepada penyelia atau juruteknik kanan dengan segera.
Bersedia mengikuti latihan dalaman atau kursus kemahiran apabila diarahkan.
Mampu bekerja dalam pasukan dan mengikut arahan.
Sanggup bekerja dalam persekitaran bengkel dan mengangkat beban ringan hingga sederhana.