🎯 Tujuan Jawatan:
- Memberi penjagaan dan pendidikan awal kepada bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang selamat, bersih dan penuh kasih sayang, mengikut garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan keperluan perkembangan kanak-kanak.
📌 TANGGUNGJAWAB UTAMA :
1. Penjagaan Harian Kanak-Kanak
- Menyusukan, memberi makan, menukar lampin, memandikan dan menidurkan bayi atau kanak-kanak.
- Memastikan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak setiap masa.
2. Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Awal
- Menjalankan aktiviti rangsangan awal seperti menyanyi, bercerita, seni dan motor halus.
- Mengajar asas seperti mengenal warna, nombor, huruf, dan kemahiran sosial.
- Menyediakan bahan bantu belajar dan merancang aktiviti harian.
3. Pemantauan Perkembangan Kanak-Kanak
- Merekod laporan perkembangan fizikal, sosial, emosi dan kognitif anak.
- Melapor kepada penyelia jika berlaku sebarang tanda sakit atau kelainan tingkah laku.
4. Kebersihan & Keselamatan
- Menjaga kebersihan bilik, alatan permainan, tempat tidur dan peralatan makan anak-anak.
- Memastikan kanak-kanak dibawah pengawasan setiap masa.
5. Hubungan Mesra dengan Ibu Bapa & Pasukan
- Berkomunikasi dengan ibu bapa mengenai perkembangan dan keperluan anak.
- Bekerjasama dengan rakan sekerja dalam menjalankan tugasan harian.
✅ Kelayakan Minimum:
- Wanita berumur 18 – 45 tahun
- Minimum SPM
- Telah menghadiri atau bersedia menghadiri Kursus Asuhan PERMATA (KAP)
- Sihat tubuh badan & tiada rekod jenayah
- Suka dan sabar melayan kanak-kanak
💼 Kemahiran & Sifat Peribadi:
- Penyayang, penyabar dan bertanggungjawab
- Mampu bekerja secara berkumpulan
- Berdisiplin dan menepati masa
- Mempunyai kemahiran asas komunikasi & bimbingan kanak-kanak
🕐 Waktu Bekerja:
Ahad – Khamis, 7.00 pagi – 6.00 petang(Jadual bertugas mengikut giliran, termasuk transit jika perlu)
💰 Gaji:
RM1,100 – RM1,700 (mengikut pengalaman & kelayakan)