Tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai Kelasi tug boat adalah seperti berikut :-
- Tugas utama adalah bertanggungjawab untuk memasang, menarik dan melepas tali kapal yang akan berlabuh (berthing) dan kapal yang akan belayar (unberthing) dari kawasan jeti.
- Bertanggungjawab dalam kerja-kerja penyelenggaraan (maintenance) dan baik pulih tug boat sama ada bahagian dek dan enjin termasuklah mengecat, mengetuk dan kerja membersih serta mencuci tug boat.
- Menjaga kekemasan dan kebersihan (5S) di dalam dan di atas tug boat setiap masa.
- Memantau kawasan perairan jeti sepanjang masa secara bergilir-gilir apabila tiada operasi.
- Memastikan prosedur berkenaan sekuriti, keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (HSSE) di fahami dan dipatuhi setiap masa ketika berada di kawasan tempat kerja.
- Melaporkan kemalangan yang berkaitan dengan operasi tug boat dan HSSE kepada Master/Kapten dengan kadar segera.
- Melakukan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Master/Kapten atau/dan Chief Engineer.
- Sentiasa berada di dalam kapal sepanjang masa kecuali apabila pekerja tersebut bercuti.